Saturday, April 21

I prefer to be "Tangan Di Atas".

Assalamualaikum and salam sejahtera.

Siapa kat sini pernah dengar hadis atau pepatah

 "tangan yang diatas lebih baik dari tangan yang dibawah" 

atau seumpamanya seperti

 "tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima". 

Semua pernah dengar kan. Tapi persoalannya disini. Kita prefer menjadi tangan yang memberi atau tangan yang menerima? ATAU! Kita prefer to be NONE of this tangan.

Bagi yang taktahu, apa ini budak cakap pasal tangan tangan. atau cuba membayangkan apa tuu tangan diatas dan tangan dibawah. Sila lihat gambar dibawah :


Sumber tentulah google kesayangan ;)

Pepatah ini menceritakan tentang bersedekah. Baiknya bersedekah. Tangan yang diatas/memberi melambangkan mereka yang bersedekah. Manakala tangan yang yang dibawah/menerima melambangkan mereka yang memohon pertolongan (tak kira dari segi apapun - duit,makanan dan sebagainya)

Kalau nak cerita konsep bersedekah, alamatnyaa panjanglah entri ni ye. Tapi niat kte cuma nak tulis entri yang kontot kontot jee sempena first time tulis dalam blog. 

Mesti selaluu time kita makan kat luar, ada je yang datang minta sedekah kannn *angguk*. Lepastuu apa kita buat. Mesti tak buat apa apa kannn *angguk*. Takpun, kadang kadang tuuuu kita hulur lah sikit *angguk lagi*. Atau kadang kadang bila kita tak hulur tu sebab dalam hati atau fikiran kita pikir yang "orang ni mesti penipu, pemalas! Ada tangan kaki usahalah" *angguk angguk*. Kte pun pernah rasa macam tuu. 

ALMOST OF THE TIME :(

Tapi kini, alhamdulillah tidak lagi! ;D Allah kurniakan manusia akal untuk fikir. Jadi, kte tanya diri kte sendiri kenapa mesti kte gunakan akal kte untuk fikirkan perkara yang negatif, sombong dengan mereka yang memerlukan. 

Apa kata kita sama-sama bersedekah. Tidak semestinya menghulurkan wang ringgit, tapi ajak duduk sama untuk makan dan minum pun dah cukup. Sekurang-kurangnya kita nampak sumbangan kita tuu digunakan sebaiknya. 

Pedulikan mereka ni menipu terlibat dengan sendiket harrraaammmm, pemalas dan lain lain. Kalau rasa tak yakin, tak perlu nak cakap lebih-lebih. Taknak sedekah, duduk diam-diam. Elakkan berprasangka buruk. Itu urusan mereka dengan Allah. Allah yang tentukan balasan mereka. Tapi kalau hati kita ada rasa kasihan, kita akan bersedekah. Walaupun sedikit, tapi janji Allah itu sentiasa benar. Kita akan dapat ganjaran pahala. Jadi jummm kita mulakan sedikit demi sedikit! :) Setakat seringgit, takkan lah haji bakhil sangat? 

Hipotesisnya, makin kita bersedekah, makin banyak pahala yang kita dapat! :D 
Maka, makin Allah sayang pada hamba-hambaNya! :D






2 comments:

  1. semakin banyak sedekah, insyaAllah semakin panjang umur. Allahua'lam

    ReplyDelete
  2. Allahu'alam. Thankyouu rauf sebab berkongsi ilmu & pendapat :)

    ReplyDelete