Saturday, August 25

Encounter #2

Assalamualaikum semua.


Hari tuu nenek jalan jalan beraya.
Sekali nenek terjumpa ni. Nenek terkejut sekejap. Sebab sepanjang nenek hidup, nenek tak pernah jumpa lagi. Tiba tiba jumpa, jadi nenek terjakun nenek tangkaplah gambar. Nak share dengan cucu cucu lah ni







Tp rasa sayang sangat nenek tak sempat tangkap bahagian depan dia. Kalau tak mmg cucu cucu boleh nampak giant tengkolok :( Nenek sedih tapi happy jugak sebab nenek jumpa sesuatu yang nenek tak pernah jumpa. Nenek suka sangat terjumpa giant tengkolok. Suka sukaaa! Tapi nenek lupa lah kat mana ni. 


Agak agak cucu kat mana eh?


Sunday, August 12

Jika ada rasa sayang, tunjukkan rasa sayang.

Assalamualaikum semua! Hye everyone! 

I hope you all being very-great! Especially in this holy month, Ramadhan :) It's been a while kan tak update blog. Salahkan kerja yang berlambak. Assignments, reports, projects, projects, projects, family, works, works, works, works. Ok fine. Orang lain busy jugak tapi still boleh update blog. I know I iz pemalazz. Ok baiklah. 

Berbalik pada tajuk kita kali ni. Jika ada rasa sayang, tunjukkan rasa sayang. I had a very looooong loooong conversation with someone I care and love just now. And she makes me realise something yang sometimes i sendiri pun macam ambil endah tak endah. So, i want to share it with all of you. Jika ada rasa sayang, tunjukkan rasa sayang. 

Most of us, kita ada seseorang untuk kita sayang contohnya parents kita. Kita ada sesuatu yang kita rasa sayang, contohnya harta benda kita. Kita ada haiwan kesayangan kita contohnya kucing kita. 

Tapi hanya sekadar sayang, tak memadai. Kita kena ambil berat, tunjukkan yang kita masih peduli dan sayang. Bayangkan, kita sayang sangat dengan kucing, tapi kita tak bagi dia makan, kita tak jaga dia kita tak mandikan dia kita tak buat apa-apa pun. Tapi dalam hati kita cakap kita sayang. Macam mana tu? :)

Same goes to our parents. Same goes to our beloved belongings. Sayang dalam hati je tak memadai. Kalau macam tu semua orang boleh cakap, i sayang you i sayang mak bapak i. It's easy kan.


Nampak macam remeh. Tapi it give us a big impact in our daily lives. 


Oh, btway hehe. Something big will coming to youu soon. After Raya Aidilfitri insyaAllah. Please support me and my team! Stay tuneeeeeed yeahh :'D Ohh and i'm very sorry tak update lama. I just don't want update something like "today i makan nasi lemak u ollss". I lebih prefer update "how to cook nasi lemak". I hope you know what i mean ;)


Saturday, May 19

Pulau Manukan & Pulau Sapi

Assalamualaikum and hi everyone! :')


Alhamdulillah, si comel wintannn berjaya menjejakkan kaki ke Kota Kinabalu, Sabah.
But in this entry, i'm gonna share with you joy and my precious experience in Manukan Island and Sapi Island. 

Thank you :)

If you're planning a holiday in Sabah, well then, head to Mount Kinabalu! The Manukan and Sapi Island are a-must-visit islands of Sabah! Well, besides hiking or jungle trekking of course. These islands are under the Tunku Abdul Rahman Marine Park's management.  Ain't no doubt about it, these islands are awesomely-beautiful! Senang cite, jangan cakap kau pernah ke Sabah kalau tak pergi pulau-pulau ini. This is serious! 

The only transport to get to these islands is by boat. Nak boat besar kecik semua boleh. Actually nak berenang pun boleh ;) well, obviously, it depends on your budget and how many people lah kan. Haa, kalau first time travellers to these islands, korang nanti muka sorang-sorang macam dalam gambar ni

Keselamatan wajib diutamakan. Lagi-lagi yang tak tau berenang tu #eh

Tuu dia semua dah ambil tempat masing masing.

Bila dah ada di dalam bot, toksah lah nak bergaya bagai memakai topi. 
Sila tanggalkan dan pegang atau simpan sahaja dalam bag. Sia-sia ye kalau ditiup angin. 
Nasihat diberi berdasarkan pengalaman yang menggunung #eh

Sooo, here we go bebeh!

Manukan Island.

Sampai-sampai je kena terus 'cop' tempat ye.

Bila datang ke pulau-pulau ni, tak best lah kalau setakat berjemur dan main banana boat. Tak bestlah kalau teman anak-anak main pasir, bina istana impian, kutip cangkerang. Kannn. Kena ombak pub nanti pecah jugak. Lagi sadis kalau ada yang baca novel/magazine sambil bertemankan cikedis, angin sepoi-sepoi bahasa dan matahari terik.

Jadi, kena buat apa baru tak rugi? Haaa, tengok gambar bawah ni

Wajib snorkelling!

For me, one of the best things to do in Manukan Island is snorkeling! Time flies when you're enjoying doing something fun yeah? Like me, I ended up spending up to 2 hours snorkelling. If you ain't a swimmer, well, don't worry. hehe kann kita ada life jacket! So use it well. Ikan-ikan ni suka bila kita datang. Dia rasa diri dia famous sebab ada manusia yang suka 'usha' dia.

Tapi untuk hasil 'usha' yang memberangsangkan, bolehlah membeli roti untuk memberi ikan-ikan ni makan. Dimana ada roti disitu ada ikan. Tapi jangan risau, bagi yang tak nak beli roti, untuk hasil 'usha' yang memberangsangkan juga, bolehlah snorkeling dekat dengan kawasan jeti. Kat situ mmg banyak sangat ikan. Sebabnya ada ramai manusia yang bermurah hati memberikan ikan makanan dari atas jeti. 
Apa lagi, sambil menyelam minum air lah kita.

Jika nasib anda baik, insyaAllah anda akan menemui ikan-ikan ni


Lagi gambar di Pulau Manukan, 

Kat sini serious banyak gilaaaaa ikan! 

Betulke ni ikan todak? 

Okay, cukuplah tu, jum ke Pulau Sapi pulaaaa!


Sapi Island.

"Walau apa pun yang terjadi, kita kena tetap bersama" kata ketua ikan kepada anak-anak ikannya.
Unbeliveable kan tengok ikan ni. Mula-mula tengok tak cam ni ikan! Ni jumpa di Pulau Sapi.

After spending 2 hours in Manukan Island, we ( myself, my family and my friends) went to Sapi Island. We had our lunch annnnnnnd this is what i really wanted to tell you all. Here, the management centre has provided you with some cool activities that you can do. If possible (if you have money), try them all! Scuuuuuba dooo, sea walking, banana boat ride, para-sailing, jet skiing and many more!

Banana boat ride, jet ski, parasailing and others water sport are common activities, which you can find in Manukan Island as well. So, the only yummmmy activity that you must try here is sea walking! What is sea walking? Hmm to describe what it is hmmmm sea walking hmm err sea walking is something that you do which involves walking in the sea, literally. Well, except that you'll be in 5 metres depth, without having to carry any oxygen tanks or complicated equipment. But you have to wear helmet though! Hahaha well, i called it helmet but i guess i don't really know what are they called. I guess these pictures could describe 'em best! Take a look ;)

Yuummmmmyy!

Lagi lagi lagi!

Kena pegang tali takut terlepas terhilang aleh aleh muncul di Lembah Klang.

Terimalah haaaaiii dari kami 5 meter di dalam laut Pulau Sapi, Sabah Baaaaah!

We found Nemoooooo!! Comel angat angat nemo tuuu!

Comel angat angat tauuu! #eh yang mana satu comel? Haha

Nemo ni very the jinak tau!

Selain nemo, kita jumpa banyak lagi ikan dan haiwan laut yang lain tapi takde gambar dan tak tau apakah nama-nama mereka. Kau ingat dalam laut ni boleh tanya ke guide tu. Dalam laut special sikit guna bahasa isyarat. Nak tau bahasa isyarat apa kita guna, apa lagi try lah sea walking jika anda datang ke Pulau Sapi!



That's all. 
Sooo much fun kan? Yes it was ;D







Thursday, May 10

Encounter #1

Assalamualaikum and hi to everybody!

Ifawani Zainal and her family and her friends encountered  'Rumah Terbalik' at Sabah, on their waaaaaay to Mount Kinabalu, Kundasang. 




















Awesome! 




Awesome! Kannnnnnnn.  I told youuu ;)

Tuesday, April 24

Real Man

The true measure of a man is not on
how he behaves in moments of comfort and convenience but
how he stands at times of controversy and challenges.



Saturday, April 21

I prefer to be "Tangan Di Atas".

Assalamualaikum and salam sejahtera.

Siapa kat sini pernah dengar hadis atau pepatah

 "tangan yang diatas lebih baik dari tangan yang dibawah" 

atau seumpamanya seperti

 "tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima". 

Semua pernah dengar kan. Tapi persoalannya disini. Kita prefer menjadi tangan yang memberi atau tangan yang menerima? ATAU! Kita prefer to be NONE of this tangan.

Bagi yang taktahu, apa ini budak cakap pasal tangan tangan. atau cuba membayangkan apa tuu tangan diatas dan tangan dibawah. Sila lihat gambar dibawah :


Sumber tentulah google kesayangan ;)

Pepatah ini menceritakan tentang bersedekah. Baiknya bersedekah. Tangan yang diatas/memberi melambangkan mereka yang bersedekah. Manakala tangan yang yang dibawah/menerima melambangkan mereka yang memohon pertolongan (tak kira dari segi apapun - duit,makanan dan sebagainya)

Kalau nak cerita konsep bersedekah, alamatnyaa panjanglah entri ni ye. Tapi niat kte cuma nak tulis entri yang kontot kontot jee sempena first time tulis dalam blog. 

Mesti selaluu time kita makan kat luar, ada je yang datang minta sedekah kannn *angguk*. Lepastuu apa kita buat. Mesti tak buat apa apa kannn *angguk*. Takpun, kadang kadang tuuuu kita hulur lah sikit *angguk lagi*. Atau kadang kadang bila kita tak hulur tu sebab dalam hati atau fikiran kita pikir yang "orang ni mesti penipu, pemalas! Ada tangan kaki usahalah" *angguk angguk*. Kte pun pernah rasa macam tuu. 

ALMOST OF THE TIME :(

Tapi kini, alhamdulillah tidak lagi! ;D Allah kurniakan manusia akal untuk fikir. Jadi, kte tanya diri kte sendiri kenapa mesti kte gunakan akal kte untuk fikirkan perkara yang negatif, sombong dengan mereka yang memerlukan. 

Apa kata kita sama-sama bersedekah. Tidak semestinya menghulurkan wang ringgit, tapi ajak duduk sama untuk makan dan minum pun dah cukup. Sekurang-kurangnya kita nampak sumbangan kita tuu digunakan sebaiknya. 

Pedulikan mereka ni menipu terlibat dengan sendiket harrraaammmm, pemalas dan lain lain. Kalau rasa tak yakin, tak perlu nak cakap lebih-lebih. Taknak sedekah, duduk diam-diam. Elakkan berprasangka buruk. Itu urusan mereka dengan Allah. Allah yang tentukan balasan mereka. Tapi kalau hati kita ada rasa kasihan, kita akan bersedekah. Walaupun sedikit, tapi janji Allah itu sentiasa benar. Kita akan dapat ganjaran pahala. Jadi jummm kita mulakan sedikit demi sedikit! :) Setakat seringgit, takkan lah haji bakhil sangat? 

Hipotesisnya, makin kita bersedekah, makin banyak pahala yang kita dapat! :D 
Maka, makin Allah sayang pada hamba-hambaNya! :D